Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya faham ada waktu-waktu tertentu tuan dan puan sukar untuk mencari pesuruh jaya sumpah. Oleh itu saya sediakan talian untuk tuan puan hubungi dan pembantu saya akan menjawabnya:
Wassap : 013-318 1955
Telefon : 03-55411129
Saya pohon kalau wassap itu janganlah tanya soalan yang panjang-panjang kerana tak terbalas pembantu saya nak menjawabnya. Wassap itu hanya untuk tahu saya ada ke tidak. Kalau ingin tahu lebih lanjut bolehlah call nombor-nombor di atas. Lagi senang. Pohon maaf kerana kami terpaksa hadkan masa untuk berwassap kerana kerja kami terlampau banyak.
Saya sendiri pun ingin kurangkan stress pekerja kami. Membalas whatsapp yang panjang-panjang ini sebenarnya adalah unsur-unsur stress kecil yang tidak patut berlaku...hehehe. Berikut ialah jenis-jenis soalan di dalam whatsapp:
SOALAN-SOALAN YANG KAMI BOLEH JAWAB RINGKAS:
"PJS ada tak?" - Ada /Tiada
"PJS masuk pukul berapa?" - 8.30 pagi..10.00 pagi (kalau ada court)
"Lokasi di mana?" - lokasi attached
Oleh itu kalau kami jawab ringkas , jangan kecil hati. Kami akan sambut anda dengan sebaik mungkin kalau anda sudah sampai di office kami.
SOALAN-SOALAN YANG MUNGKIN TIDAK AKAN DIJAWAB
" Boleh ke saya cop dokumen sekian-sekian..sekian..sekian"
Tanyalah dulu jabatan, kementerian, office atau pihak berwajib yang nak anda pergi jumpa pesuruhjaya sumpah tu - nak cop apa..cop kat mana...dokumen apa..dokumen tu ikut Akta Akuan Berkanun ke.
Sila rujuk senarai dokumen yang boleh dikenakan caj(aka boleh di cop oleh pjs ) di link SENARAI DOKUMEN YANG BOLEH DICAJ OLEH PESURUHJAYA SUMPAH
" Boleh tolong guide tak macamana saya nak taip surat akuan" -
Boleh rujuk page FB saya , ada format di situ . FACEBOOK PESURUHJAYA SUMPAH NUR.
Kalau tak sure juga anda boleh upah salah seorang pembantu saya untuk menaipkan surat akuan anda. Mereka adalah pakar dalam membuat surat akuan. Cepat, tangkas dan tepat. Anda cuma duduk dan bagi instruction sahaja. Senang kan? Maklumkan sahaja , saya nak buat surat akuan. Berebut depa nak tolong.
SOALAN-SOALAN YANG MENYEBABKAN PARAS KOLESTROL SAYA NAIK:
" Saya tidak boleh hadir tetapi adik saya boleh hadir untuk cop bagi pihak saya..boleh kah?"
" Suami saya tiada handphone, saya tiada handphone ,saya tak boleh datang tempat puan..puan boleh datang tempat saya?"
" Dalam gambar (wassap profile) itu anak-anak puan ke?"
" Cop 4 ringgit , boleh bagi diskaun 2 ringgit?"..astaga....Maggi pun mahal lagi , Awang weh.
Pendek kata , kalau banyak sangat misteri berkenaan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah yang tidak terungkai oleh pihak tuan puan, datanglah ke pejabat dapatkan advice kami . Kita jimat masa dari menaip panjang-panjang dalam handphone dan melatih tengkuk kita agar naik ke atas daripada tunduk ke bawah 24 hours. Dah jadi macam angsa pun tak elok juga...tunduk je mengadap telefon.
Jumpa anda di pejabat pesuruh jaya sumpah nur!
Tuesday, 31 January 2017
PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM : SOALAN DI WHATSAPP
About Nurhidayaty Maidin
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates.
suratakuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya suka tempat ini sebab parking senang dan office you bersih cuma kasi orang tahu kalau letak papan tanda banyak. ini orang tak tahu . Pesurujaya ini sangat baik dan peramah
ReplyDeleteTerima kasih encik/puan OK. Papan tanda ada had untuk letak sebab saya peguam dan tak boleh letak sesuka hati. Tapi tak apa..nanti saya usahakan. Terima kasih atas cadangan.
Delete