Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam : Etika / The Ethic - PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

Friday 20 October 2017

Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam : Etika / The Ethic

ETIKA URUSAN DENGAN PESURUH JAYA SUMPAH
THE ETHIC BEFORE A COMMISSIONER FOR OATH

Pesuruhjaya sumpah adalah dilantik oleh Mahkamah Persekutuan dan merupakan agen kepada Mahkamah Persekutuan. Oleh itu segala urusan apabila dihadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah hendaklah mengikuti etika apabila berurusan dengan mana-mana pegawai Mahkamah seperti berikut:
Commissioner for Oath is an agent appointed by Federal Court. All dealings with a Commissioner for Oath shall follows the ethic for any dealings with the officer of the Court:

1.            Pakaian formal , sopan dan lengkap . Tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek atau skirt pendek atas paras lutut. Tidak dibenarkan memakai T-Shirt tanpa lengan.

Clad in formal and proper attire. Shorts and thigh length miniskirts are not allowed. Sleeveless-shirt is not allowed.

2.            Tidak menutup wajah , berniqab atau memakai topi ketika mengangkat sumpah  di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Perlu membuka penutup wajah, niqab atau topi ketika pengesahan kad pengenalan.

During the declaration of oath, face cover, niqab or cap shall be taken off for easy identification.

3.            Awasi kanak-kanak yang dibawah bersama agar tidak menganggu proses angkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Sila pastikan kanak-kanak yang dibawa tidak membuat bising.

Keep control of the children that you bring along so they will not disrupt the process of declarations before the Commissioner for Oath. Please make sure they will not make any loud noise.

4.            Sentiasa bersabar menunggu giliran , bertenang dan bersopan. Tunggu giliran sehingga dipanggil.

Keep calm, patient and manners at all times. Kindly wait for turns to be called.




5.            Bersedia dengan dokumen yang lengkap diisi kecuali bahagian tandatangan dan jurat.Jangan serahkan segala jenis dokumen yang tidak berkaitan kepada Pesuruhjaya Sumpah. Hanya serahkan dokumen yang dipinta sahaja.

Except for the execution and jurat spaces, please ensure all documents for declaration are filled. Please do not shove all documents including the irrelevant ones with the hopes that the Commissioner for Oath will arrange the documents for you. Only submit a document which is asked.


6.            Matikan telefon atau tidak bercakap di telefon ketika sedang melakukan proses akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Please turn off or avoid from talking with your phone during the declaration process before the Commissioner for Oath.


Kerjasama anda amat dihargai.

We appreciate your co-operation.



Disediakan oleh;

Prepared by ;

Puan Nurhidayaty Binti Maidin

B500


Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam

No comments:

Post a Comment