Borang Akuan Puan Tak Betul! - PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

Friday 26 January 2018

Borang Akuan Puan Tak Betul!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Untuk menjawab persoalan berikut :

"Kenapa puan tidak sediakan borang yang sipa bertulis macam yang disediakan oleh Pesuruhjaya Sumpah sekian-sekian-sekian..senang sikit. Tak payah karang-karang"

Jawapan saya :

Sebagai peguam yang menjalankan kes di mahkamah, pengalaman mengajar saya bahawa sebarang surat akuan hendaklah daripada kata-kata atau penulisan atau arahan pengikrar. Bukan arahan daripada Pesuruhjaya Sumpah. Sekiranya saya sebagai Pesuruhjaya Sumpah telah siap sedia menulis di atas surat akuan tersebut dan klien saya hanya perlu isi sahaja maka surat akuan tersebut boleh di cabar di Mahkamah atas kesahihannya.

Secara logik dari sudut undang-undang , sebarang akuan daripada pengikrar tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk Pesuruhjaya Sumpah. Tindakan seorang pesuruhjaya sumpah menyediakan borang ikrar yang siap tertulis perkataan adalah sebenarnya akan menyebabkan surat akuan tersebut boleh dipertikaikan.

Oleh itu demi menjaga kepentingan klien-klien saya , saya telah sediakan surat akuan berdasarkan format sahaja . Manakala bahagian ikrar saya biarkan kosong dan saya menerima apa jua bentuk ikrar oleh klien-klien saya asalkan menurut format.

Sebagai contoh :

Katakan  ada klien saya dia nak buat ikrar dia ternampak hantu. Saya tidak boleh mempengaruhi beliau mengatakan dia nampak hantu berwarna hijau pada waktu sekian-sekian pada tarikh sekian-sekian. Saya boleh tanya kalau-kalau dia nak tambah waktu atau tarikh tetapi saya tidak boleh menyediakan siap-siap borang yang siap bertulis ikrar beliau mengikut kehendak saya. Kalau dia tak nak letak tarikh atau waktu, itu hak dia bukan hak saya untuk berkeras juga dia isi waktu dan tarikh. Kalau saya berkeras juga untuk dia isi waktu dan tarikh bermakna saya telah mempengaruhi ikrar beliau. Bahkan kalau saya tolak ikrar beliau nampak hantu kerana saya rasa tidak logik- saya sudah langgar etika saya sebagai pesuruhjaya sumpah.

Tugas saya terima ikrar dan sahkan deponent. Itu sahaja.



Manakala menjawab pula persoalan berikut :

"Ada pesuruhjaya sumpah kata borang yang puan sediakan tidak tepat dan tidak betul"


Jawapan saya senang: Itu adalah strategi business rakan-rakan pesuruhjaya sumpah saya yang lain dan saya tidak akan komen berkenaan perangai sedemikian. Cuma , kalau pihak tuan puan hantar kepada mana-mana Jabatan atau pihak yang nak surat akuan - dan surat akuan itu diterima - di mana salahnya? Selagi mengikut format dan tidak mempengaruhi pengikrar untuk kaedah" fills in the blank" - saya dengan tegas mengatakan bahawa format borang akuan saya lebih baik dan tepat. Hakikatnya fills in the blank adalah salah dan boleh dipertikaikan di Mahkamah.


Saya bukan sekadar pesuruhjaya sumpah. Saya juga peguam yang faham undang-undang dan implikasinya.

Sekian

No comments:

Post a Comment