Pesuruhjaya Sumpah Hari Sabtu : 5.10.2019 - PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

Friday 4 October 2019

Pesuruhjaya Sumpah Hari Sabtu : 5.10.2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya akan memberikan servis pada hari Sabtu 5.10.2019 sebagai pesuruhjaya sumpah.

Alamat perniagaan :

Tetuan Nur Maidin & Co ( firma guaman) (waze/gps : Lawyer Nur Maidin & Co)
Tingkat 1, No.11A, Jalan Pinang E/18E ,
Seksyen 18
40200 Shah Alam

Satu bangunan dengan kedai JOTUN , AQUA DOBI , EXCLUSIVE COLLECTION. Mengadap kolej Intec.

Tel : 03-55411129 ( saya mungkin tidak dapat angkat telefon kalau ramai minta maaf sangat)

Waktu bertugas : 10 pagi sehingga 12 tengahari sahaja (tidak pindaan)

Saya TIDAK dibenarkan memberikan servis ke atas dokumen berikut :

1. Sebagai saksi sebarang perjanjian (termasuk ordinan tanah Sabah)

2. Dokumen surat akuan yang tidak ikut format betul bawah Akta Akuan( tolong cari format yang betul dalam blog ini pun ada)

3. Tidak boleh buat salinan di akui sah ke atas MANA MANA dokumen. (saya boleh buat sebagai peguam sahaja bukan sebagai pesuruhjaya sumpah)

4. Saya tidak akan tolong tulis atau isi untuk anda. Saya juga tidak boleh pengaruhi anda untuk isi mengikut apa yang saya rasa betul. Saya hanya sahkan identiti anda sebagai pengikrar. Oleh itu sila pastikan semua dokumen SUDAH siap di isi.

5. Sebarang dokumen untuk kegunaan luar negara perlu dapatkan notari awam bukan pesuruhjaya sumpah. Saya tidak boleh jadi saksi untuk sebarang dokumen sebagai pesuruhjaya sumpah.

Pohon jangan marah saya dan bagi hujah bahawa ada pesuruhjaya sumpah lain yang telah jadi saksi etc . Saya tidak akan langgar peraturan yang ditetapkan dalam Akta Pesuruhjaya Sumpah. Kami bukan pengaut keuntungan. Kami petugas mewakili Mahkamah Persekutuan berkhidmat untuk rakyat. Sila hubungi Unit Pesuruhjaya Sumpah Putrajaya sekiranya anda merasakan tidak berpuas hati saya telah menolak servis untuk anda.

#pesuruhjayasumpahshahalam
#pesuruhjayasumpahharisabtu
#commissionerforoath



No comments:

Post a Comment