Saya tidak buka pejabat hari Ahad dan tidak mendapat kebenaran untuk buka pejabat sampai hari Ahad daripada Bahagian Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan.
Saya hanya buka dari Isnin hingga Sabtu. Manakala hari Sabtu pula saya peruntukkan untuk dua jam sahaja.
Saya tidak dapat memenuhi kehendak kesemua jadual anda.
Ada yang siap dokumen saat akhir dan baru kelam-kabut nak minta cop itu dan ini. Ada pula yang bangun pukul 11 pagi hari Sabtu dan minta saya panjangkan sampai pukul 1 petang.
Kalau saya kena ikut jadual anda - pukul 1 pagi pun masih ada yang call.
Dan paling saya rasa kecewa apabila ada yang menghubungi kaum keluarga saya untuk desak saya buka hari Ahad. Maaf saya cakap. Itu kurang sopan namanya dan pentingkan diri sendiri.
Nasihat saya , pastikan dokumen anda lengkap dan rancang pergerakan anda. Jangan buat semua perkara last minute dan mengharapkan orang lain untuk fahami sikap dan masalah anda.
Sebarang pertanyaan berkenaan servis saya boleh hubungi di 03-55411129
No comments:
Post a Comment