Disebabkan masih ramai yang meminta servis daripada saya terutama yang ingin memohon bantuan COVID19 daripada kerajaan dan mereka di minta mengikrarkan akuan sumpah pendapatan, saya telah membuat pertanyaan ke Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan.
Jawapannya ialah: Mana mana pesuruhjaya sumpah tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
"Assalamu'alaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera.
Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Terima kasih di atas pertanyaan.
Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah diarah merujuk pertanyaan Puan kepada Perutusan Khas oleh YAB Perdana Menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 18 Mac sehingga 14 April 2020. Berdasarkan perintah ini, arahan penutupan semua premis kerajaan dan swasta adalah terpakai kepada perkhidmatan oleh semua kategori Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik. Sehubungan dengan itu, Puan adalah dipohon untuk mengambil perhatian serius dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan bagi membantu mengawal pergerakan masyarakat sekaligus mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.
Segala perhatian dan komitmen Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Unit Pesuruhjaya Sumpah
b.p. Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 1 (Selatan), Bangunan Annexe,
Istana Kehakiman, 62506 PUTRAJAYA
Tel : 03-8880 4296/4039/4036
Fax : 03-8880 4042 "
Saya harap penjelasan dan arahan daripada pihak Mahkamah Persekutuan adalah jelas. Saya juga berharap agar agensi agensi yang ingin menjadikan surat akuan sumpah sebagai syarat permohonan bantuan ketika waktu PKP ini , rujuk terlebih dahulu kepada unit pesuruhjaya sumpah Mahkamah Persekutuan supaya ada penyelarasan.
No comments:
Post a Comment