SERVIS HARI SABTU DITANGGUHKAN - PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

Friday, 6 March 2020

SERVIS HARI SABTU DITANGGUHKAN

Harap maklum bahawa servis pesuruhjaya sumpah Nurhidayaty Binti Maidin untuk setiap hari Sabtu ditangguhkan buat sementara waktu sehingga pemberitahuan seterusnya.

Salah satu faktor ialah pada hari Sabtu , premis akan menjadi penuh dan sesak dengan pelanggan. Dengan isu CoV-19 yang semakin menular di Malaysia, kami berpendapat adalah tidak sesuai untuk meneruskan khidmat yang melibatkan kumpulan orang ramai di sebuah tempat yang kecil dan padat.

Kami juga dapati masih terdapat ramai masyarakat yang tidak mengambil berat untuk memakai penutup muka ketika memasuki pejabat kami sedangkan terdapat ramai orang di dalam tempat yang tertutup.

Oleh itu demi keselamatan pihak tuan puan serta pesuruhjaya sumpah, khidmat pada hari Sabtu adalah ditangguhkan. Khidmat pesuruhjaya sumpah pada hari bekerja adalah diteruskan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment