PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

BERPINDAH KE KUALA TERENGGANU

Harap maklum saya sudah berpindah ke KUALA TERENGGANU dan memberikan servis di alamat Tetuan Nur Maidin & Co No.492(1), Jalan Kepong , Kampung Pengadang Baru,20050, Kuala Terengganu

Saturday 3 September 2022

Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu- Bertugas pada 4.9.2022

September 03, 2022 0
Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu- Bertugas pada 4.9.2022


 

Saya akan bertugas pada 4.9.2022 (Ahad ) dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang.

Sila pastikan kehadiran anda adalah dengan membawa kad pengenalan dan diri sendiri

Tidak dibenarkan menghantar wakil kerana salah dari segi undang-undang Pesuruhjaya Sumpah

Sebarang pertanya boleh hubungi : 096220033



Saturday 15 January 2022

PESURUHJAYA SUMPAH KUALA TERENGGANU : BERTUGAS 16.1.2022

January 15, 2022 0
PESURUHJAYA SUMPAH KUALA TERENGGANU : BERTUGAS 16.1.2022

 16.1.2022 - bertugas sebagai Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang sahaja. Sebaiknya tuan puan call untuk appointment supaya kita dapat kawal penjarakan sosial dengan adanya 8 kes Omnicorn di Kuala Terengganu. Hubungi kami di 09-6220033

Monday 25 October 2021

Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu : Soalan-Soalan Penting Berkenaan Tugas Pesuruhjaya Sumpah

October 25, 2021 0
Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu : Soalan-Soalan Penting Berkenaan Tugas Pesuruhjaya Sumpah

 SILA HUBUNGI KAMI DI 09-62220033

1. Apakah tugas seorang Pesuruhanjaya Sumpah?

[Perkara 11(2)] Asasnya, Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan identiti orang yang membuat pengakuan / dokumen dan Pesuruhjaya Sumpah memastikan bahawa orang itu memahami isi pengakuan / dokumen itu.

2. Apa yang Pesuruhanjaya Sumpah boleh laksanakan?

Kebiasaannya, Pesuruhanjaya Sumpah boleh mengesahkan afidavit dan akuan berkanun. Pesuruhjaya Sumpah juga boleh membuktikan Kuasa Peguam.

[Perkara 9 (1)] Kuasa seseorang peguambela dan peguamcara yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah adalah seperti berikut: –

  1. menerima pengakuan perempuan yang sudah berkahwin sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang akan diambil sebelum pegawai awam;
  2. menerima pengakuan keatas ikat jamin atau jaminan;
  3. menjalankan sumpah untuk yang berikut: –
  4. justifikasi untuk jaminan;
  5. mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
  6. menerima dan mengambil jawapan, pengakuan, bantahan, penafian, tuduhan atau pemeriksaan keatas mana-mana pihak untuk apa jua tindakan;
  7. pemeriksaan keatas mana-mana saksi terhadap mana-mana penyiasatan atau kebaikan atau apa-apa jenis peristiwa yang lain;
  8. pelaksana dan pentadbir sumpah; dan
  9. mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang sedang dalam perbicaraan atau yang akan dimulakan di mana-mana mahkamah; dan
  10. mengambil dan menerima pengakuan sumpah berkanun.

3. Bolehkah Pesuruhanjaya Sumpah mengesahkan dokumen yang sudah terlanjut tarikh?

Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan untuk mengesahkan mana-mana dokumen tersebut. Pesuruhjaya Sumpah mestilah memasukkan tarikh semasa dan ia mestilah tarikh yang sama apabila orang itu menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

4. Bolehkah Pesuruhanjaya Sumpah enggan memberikan perkhidmatannya?

[Perkara 11(2)(e)] Ya, Pesuruhjaya Sumpah boleh menolak dari memberikan perkhidmatannya apabila ia mempunyai sebab yang boleh dipercayai seperti mengesyaki bahawa orang yang sebelumnya terlibat dalam penipuan, frod, perdayaan, dures, pemaksaan atau apa-apa kelakuan haram.

5. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan mana-mana dokumen yang telah ditandatangani tanpa kehadiran orang yang menandatangani?

[Perkara 11(2)] Tidak. Ini adalah pelanggaran serius bagi kewajipan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Orang itu mesti hadir dan menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

6. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah pergi ke hospital atau pejabat saya / rumah untuk mengesahkan apa-apa dokumen?

[Perkara 15(1)(b)] Peraturan am ialah bahawa seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya boleh menjalankan perkhidmatannya di alamat pejabat yang telah diluluskan.

[Perkara 15(1)(2)] Seorang Pesuruhjaya Sumpah boleh menjalankan perkhidmatannya di tempat yang berbeza dari alamat pejabat yang telah diluluskan hanya dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan dan dengan kelulusan terdahulu daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia.

7. Saya diminta untuk memberikan perkhidmatan salinan dokumen yang disahkan benar (CTC). Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan dokumen sebagai salinan sebenar asal?

[Pekeliling bertarikh 13hb Jun 2005] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak diberi kuasa untuk memperakui apa-apa dokumen sebagai salinan yang asal.

8. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah menjadi saksi keatas pelaksanaan seseorang untuk apa-apa perjanjian, surat atau dokumen?

[Pekeliling bertarikh 03hb November 2015] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah dilarang untuk menjadi saksi pelaksanaan keatas seseorang untuk apa-apa perjanjian, surat atau dokumen melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu:-

  1. Borang 1 dan Borang 2 di bawah Seksyen 3 (Jadual Pertama) Akta Surat  Kuasa Wakil 1949
  2. Perjanjian Pinjaman di bawah Seksyen 27(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
  3. Perjanjian di bawah Seksyen 22 Akta Sewa Beli 1967
  4. Seksyen 97 Ordinan Tanah Negeri Sabah
  5. Seksyen 84 Akta Profesion Undang-Undang 1976

9. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan apa-apa pengakuan berkanun yang tidak mematuhi Akta Akuan Berkanun, 1960?

[Pekeliling bertarikh 03hb November 2015] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan mengesahkan apa-apa pengakuan berkanun yang tidak mematuhi format yang telah ditetapkan di dalam Akta Akuan Berkanun 1960. Format boleh didapati di dalam Jadual Akta Akuan Berkanun 1960.

10. Jika terdapat dua (2) atau lebih orang menandatangani satu (1) pengakuan / dokumen, adakah mereka harus menandatangani pada masa yang sama?

Ya. Semua orang yang menandatangani pengakuan / dokumen mesti hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan menandatangani akuan / dokumen pada masa yang sama.

11. Bolehkah seseorang mewakili beberapa orang atau deponen untuk membuat akuan sumpah?

Tidak. Sekiranya sesuatu surat akuan perlu ditandatangani oleh ramai deponen, maka kesemua deponen perlu hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk menandatangani surat tersebut.

12. Bolehkah kanak-kanak atau orang gila mengangkat sumpah?

[Perkara 11(2)(b)] Boleh, tetapi Pesuruhjaya Sumpah perlu memastikan bahawa kanak-kanak tersebut benar-benar faham akan perkara yang ingin diikrarkan dan mereka hadir bersama waris beliau. Pesuruhjaya Sumpah juga perlu memastikan bahawa perkara yang diikrarkan tidak  dilihat tidak memberi kebaikan kepada kanak-kanak tersebut; Orang gila boleh mengangkat sumpah sekiranya penyakit gila yang dihadapi oleh beliau tidak berterusan, dan beliau hendaklah dipastikan berada dalam keadaan waras dan memahami perkara yang ingin diikrarkan sebelum Pesuruhjaya Sumpah menurunkan tandatangan.

13. Bolehkah seseorang yang buta, bisu, pekak atau buta huruf mengangkat sumpah?

[Perkara 11(2)(b)] Boleh, tetapi Pesuruhjaya Sumpah perlu memastikan deponen tersebut faham setelah dibacakan dan diterangkan kandungan dokumen dan eksibit yang dikepilkan.

14. Bolehkah surat akuan diisi menggunakan dua warna pen yang berbeza?

Tidak diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 mahupun Akta Akuan Berkanun 1960. Akan tetapi, adalah dinasihatkan supaya borang akuan diisi menggunakan warna dan jenis pen yang sama supaya kandungan dokumen tersebut tidak diragui. Dokumen-dokumen yang diikrarkan juga adalah tertakluk kepada syarat penerimaan yang ditetapkan oleh agensi atau jabatan yang memerlukan dokumen tersebut.

15. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah membantu menyediakan sesuatu dokumen dan mengenakan caj tambahan?

Apa-apa pembantuan dalam persediaan sesuatu dokumen oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah adalah tidak dibenarkan. Justeru, bayaran terhadap bantuan tersebut juga adalah tidak dibenarkan.

16. Apakah bayaran / caj Pesuruhjaya Sumpah?

[Perkara 17 & Jadual Kedua] Semua bayaran / caj Pesuruhjaya Sumpah secara lazimnya telah ditetapkan. Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran selain dari jumlah yang telah ditetapkan.

No.Jenis DokumenKadar Bayaran
1.Afidavit AsalRM10.00 untuk setiap deponen
2.Eksibit yang dirujuk dalam afidavit asalRM5.00 untuk setiap eksibit
3.Salinan pendua atau sesalinan afidavitRM5.00 untuk setiap deponen
4.Salinan pendua atau sesalinan eksibitRM2.00 untuk setiap eksibit
5.Dokumen, pengesahan, pengakuan, surat ikatan atau sebarang instrumen lainRM10.00 untuk setiap deponen
6.Salinan pendua atau sesalinan dokumen, ikrar, pengakuan, surat ikatan atau mana-mana surat cara lainRM5.00 untuk setiap dokumen

Mengikut saranan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia, bayaran/ caj untuk Akuan Berkanun kekal sebagai RM4.00 bagi setiap pengakuan.

17. Apa yang perlu saya bawa ketika saya bertemu Pesuruhjaya Sumpah?

Selain dari dokumen yang anda perlukan Pesuruhjaya Sumpah untuk pengesahan, sila bawa dokumen identiti asal anda.

18. Adakah saya perlu membuat temujanji?

Adalah lebih baik jika anda membuat temujanji untuk bertemu dengan Pesuruhjaya Sumpah kami.
Anda boleh menghubungi +603 6211 2206 / +603 6205 3620 atau anda boleh e-mel kepada kami di donny@dwc.com.my / kathy@dwc.com.my

19. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi dokumen saya untuk disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah?

Bergantung kepada jenis dan sifat dokumen, ia biasanya mengambil masa kira-kira lima (5) minit.


#pesuruhjayasumpah

#Pesuruhjayasumpahkualaterengganu


Wednesday 29 September 2021

Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu / Commissioner for Oath - 30.9.2021

September 29, 2021 0
Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu / Commissioner for Oath - 30.9.2021

 30.9.2021 - Pesuruhjaya Sumpah Kuala Terengganu Di Pengadang Baru- memberikan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah . Berhadapan Caltex Pengadang Baru. Bersebelahan dengan Sue Estillo Butik. Alamat: Tetuan Nur Maidin & Co, No 492(1), Jalan Kepong, Pengadang Baru, 20050, Kuala Terengganu- Tel : 01110925034/ 09- 6220033


Sunday 19 September 2021

MOVED TO KUALA TERENGGANU

September 19, 2021 0
MOVED TO KUALA TERENGGANU

 Saya sudah berpindah ke Kuala Terengganu dan berkhidmat sebagai pesuruhjaya sumpah di alamat berikut : 

TETUAN NUR MAIDIN & CO (Cawangan Terengganu)

No.492(1), Jalan Kepong , Kampung Pengadang Baru,

20050 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

09-6220033





Tuesday 31 August 2021

1.9.2021 - Pesuruhjaya Sumpah Puan Nurhidayaty Maidin Bertugas

August 31, 2021 0
1.9.2021 - Pesuruhjaya Sumpah Puan Nurhidayaty Maidin Bertugas

 1.9.2021 - Pesuruhjaya Sumpah Puan Nurhidayaty Binti Maidin akan memberikan khidmat sebagai pesuruhjaya sumpah .

1) Berdasarkan temujanji sahaja. Tuan puan dikehendaki hadir tepat pada waktu yang ditetapkan untuk mengelak bertembung dengan pelanggan yang lain. Sekiranya tidak dapat hadir pada waktu yang dijanjikan- temu janji tuan puan akan dibatalkan dan tidak dibenarkan untuk berada di premis pejabat kami.
2) Khidmat hanya dapat diberikan kepada individu yang telah menerima VAKSIN LENGKAP SAHAJA. Ini bagi menjamin keselamatan pesuruhjaya sumpah dan pekerja beliau.

3) Sila hubungi 03 51019803/02

1.9.2021 - Commissionar For Oath will give the services based on :


1) Appointments only and no walk in - Please call 03- 50109803/02. If you missed your appointments we will have to decline services so that you will not bump with other clients.


3) Services will only be given to full completed dosed individuals. Be ready with your digital certificate

Thank you


Tuesday 29 June 2021

WAKTU OPERASI PKP FRASA 2 PKP 3.0- FIRMA GUAMAN KAMI & PESURUHJAYA SUMPAH BEROPERASI

June 29, 2021 0
WAKTU OPERASI PKP FRASA 2 PKP 3.0- FIRMA GUAMAN KAMI & PESURUHJAYA SUMPAH BEROPERASI
WAKTU OPERASI PKP FRASA 1- FIRMA GUAMAN KAMI & PESURUHJAYA SUMPAH BEROPERASI- sila baca panduan di bawah 1) Perkhidmatan berdasarkan temujanji sahaja- Tiada walk in. Sila hubungi 0351019803 untuk tetapkan temujanji anda 2) Anggaplah nak minta servis ini seperti nak minta cucuk vaksin, kena bawa : 1) I.C 2) Diri sendiri- tiada perwakilan 3) Pen sendiri 4) Dokumen lengkap Alamat : No.91, Jalan Taman Pinggiran USJ 3/3 , Taman Pinggiran USJ 3, 476000 Subang Jaya ( Area Batu Tiga , Seksyen 22)

Monday 2 November 2020

BILA ANDA MENJERIT KEPADA SAYA KERANA SAYA ENGGAN LANGGAR UNDANG-UNDANG

November 02, 2020 0
BILA ANDA MENJERIT KEPADA SAYA KERANA SAYA ENGGAN LANGGAR UNDANG-UNDANG
BILA ANDA MENJERIT KEPADA SAYA KERANA SAYA ENGGAN LANGGAR UNDANG-UNDANG
----------------------------------

Saya ingin ingatkan kepada kesemua pihak-pihak yang ingin dapatkan tandatangan pesuruhjaya sumpah daripada saya.

1) Kalau borang anda kosong atau tidak lengkap, saya akan tolak untuk tandatangan.

2) Kalau ada pesuruhjaya sumpah lain boleh langgar sesuatu peraturan, saya tiada kaitan dan jangan jadikan mereka sebagai contoh kepada saya. Jangan sesekali kata pesuruhjaya sumpah sekian sekian boleh buat. Kalau saya dapat nama pesuruhjaya sumpah tersebut , saya akan buat aduan kepada Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan.

3) Kalau anda fikir saya seorang perempuan dan akan takut dengan pekikan jantan anda , harap maklum suara saya lebih kuat dari anda. Kalau anda biasa menjerit pada bini anda, jangan ingat perempuan lain terutama Pesuruhjaya Sumpah seperti saya rasa jatuh hati dengan kejantanan yang anda cuba tunjukkan.

Seorang lelaki yang dominan tidak perlu tunjukkan pun. Yang lembik je lebih-lebih.

Oleh itu be a gentleman, isi borang dengan lengkap.

Thursday 1 October 2020

No Services of Commissioner for Oath On Saturday

October 01, 2020 0
No Services of Commissioner for Oath On Saturday

 Due to the recent increase in the statistic of COVID19 infections in Malaysia, I have to adjourn from giving services on Saturday as a Commissioner for Oath. Saturday would usually see too many people coming for an Oath. And I am afraid not everyone is abiding the SOP.

Further notice about services on Saturdays will be given if there is any changes.

Wednesday 30 September 2020

PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM /SUBANG JAYA (COMMISSIONER FOR OATH SHAH ALAM /SUBANG JAYA)

September 30, 2020 1
PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM /SUBANG JAYA (COMMISSIONER FOR OATH SHAH ALAM /SUBANG JAYA)

Salam Sejahtera,

Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam/ Subang Jaya beroperasi seperti biasa. Kami memastikan keselamatan anda dengan mematuhi Standard Of Procedure Pencegahan Covid19. 

Waktu operasi : 10 pagi sehingga 4 petang (rehat 1-2 ptg) Isnin sehingga Sabtu

Tel : 03-51019803/51019802 (PERLU telefon sebelum datang)

 

Alamat : Tetuan Nur Maidin & Co, No.91, Jalan Taman Pinggiran USJ 3/3 , Taman Pinggiran USJ 3, 47610 Subang Jaya Selangor.

Di dalam taman perumahan berhadapan Sekolah Kolej Vokasional Shah Alam. 800 meter daripada Mahnaz.









 

Friday 25 September 2020

Pesuruhjaya Sumpah Hari Sabtu / Commissioner For Oath on Saturday 26.9.2020

September 25, 2020 1
Pesuruhjaya Sumpah Hari Sabtu / Commissioner For Oath on Saturday 26.9.2020

 26.9.2020 - Pesuruhjaya Sumpah Hari Sabtu bertugas hari ini. Jam 10 pagi sehingga 12 tengahari sahaja. 1) Pakai Penutup Muka 2) Scan Kehadiran 3) Bawa perlahan kawasan perumahan 4) Jangan block kawasan rumah jiran saya


26.9.2020 - Commissioner For Oath is giving her services today , from 10 am to 12 pm ONLY. 1) Wear your face mask 2) Scan your attendance 3) Drive slowly and carefully as it is in residential area 4) Don`t block my neighbour `s entrance to their houses


Terima kasih 

Thank you

0351019803