PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM : DEPONENT PERLU HADIR! - PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

Monday 20 February 2017

PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM : DEPONENT PERLU HADIR!

Baru- baru ini saya menerima perkabaran bahawa seorang sahabat pesuruhjaya sumpah di Johor telah di saman oleh seorang individu atas kecuaian beliau untuk menentukan identiti deponent yang buat akuan bersumpah.

Saya bersimpati dengan rakan pesuruhjaya sumpah ini kerana upah yang diterima hanyalah RM 4.00 tetapi beliau telah di saman berjuta-juta ringgit. Jauh tidak berbaloi.

Saya kerap kali juga menerima permintaan daripada pengarah-pengarah , CEO syarikat , Datuk , Datin dan Tan Sri yang menyerahkan tandatangan mereka sahaja untuk di sahkan.

Saya akui saya pernah setuju untuk affirmkan tandantangan mereka. Tetapi kini tidak lagi.

Biarlah saya tidak dapat RM 4.00. Saya tidak sanggup di saman berjuta-juta. Tidak berbaloi.

Oleh itu harap maklum, saya hanya menerima borang akuan/ surat akuan yang ditandatangani oleh deponent sendiri yang hadir ke pejabat saya. Sekiranya pihak tuan puan , datuk datin , tan sri tidak mahu naik pejabat saya, saya boleh turun ke bawah. Cuma call sahaja saya.

Harap maklum

1 comment:

  1. Kakak saya mengelami stroke dan kini bed ridden. Bagaimana cara terbaik untuk berurusan dengan pesuruhjaya sumpah? Mohon nasihat pihak Puan

    ReplyDelete