PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM :Lelaki Muslim dan Waktu Solat Jumaat - PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

Thursday 18 May 2017

PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM :Lelaki Muslim dan Waktu Solat Jumaat

Salam Satu Malaysia,

HARAP MAKLUM BAHAWA PADA SETIAP HARI JUMAAT DARI JAM 12.45 TENGAHARI SEHINGGA 2.30 PETANG, PEJABAT SAYA DITUTUP UNTUK LELAKI-LELAKI MUSLIM BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA IAITU SOLAT JUMAAT.

Pejabat saya pada waktu ini dikhaskan untuk wanita terutama ibu-ibu mengandung.

*peraturan di atas tidak terpakai untuk yang bukan beragama Islam.

Tafsirnya: “Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barangbarang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) suatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah).
Katakanlah (wahai Muhammad: “Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.”(Surah al-Jumu‘ah: 11)

Oleh itu, berjual beli ketika sembahyang fardhu Jumaat adalah dilarang. Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan supaya bersegera untuk pergi mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat dan meninggalkan jual beli dan kerja-kerja yang lain. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat) dan
tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah: 9)

Jelasnya, hukum berjual beli pada hari Jumaat itu boleh dibahagikan kepada berikut:

(1) Selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat sehingga selesai sembahyang fardhu Jumaat 

Haram ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat dan khatib
duduk di atas mimbar.

Maksud haram berjual beli selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat itu adalah bagi mereka yang belum berada di Masjid. Adapun mereka yang sudah berada di Masjid dan melakukan jual beli di dalamnya adalah makruh.

(2) Selepas tergelincir matahari sehingga sebelum azan kedua sembahyang fardhu Jumaat 

Makruh ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli selepas tergelincir matahari sehingga sebelum azan kedua
sembahyang fardhu Jumaat. Ini kerana waktu itu sudah masuk waktu wajib dan perbuatannya leka dengan urusan jual beli itu seumpama perbuatan melengah-lengahkan untuk bersegera pergi mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat.

(3) Sebelum tergelincir matahari 

Harus ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli sebelum tergelincir matahari.

(4) Selepas sembahyang fardhu Jumaat 

Harus ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli setelah selesai mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat.

Perkara Yang Melekakan Selain Berjual Beli

Hukum haram dan makruh itu tidak hanya terbatas pada jual beli sahaja malahan termasuk juga perkara-perkara lain yang melekakannya dari bersegera pergi mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat.

Orang Yang Dikecualikan Daripada Larangan Berjual Beli 

Hukum haram berjual beli selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat atau hukum makruh berjual beli selepas tergelincir matahari sehingga sebelum azan kedua sembahyang fardhu Jumaat itu ialah ke atas orang yang diwajibkan sembahyang fardhu
Jumaat.

Perempuan, kanak-kanak yang belum baligh atau lelaki dewasa yang tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti dalam pelayaran atau ada keuzuran, terkecuali daripada hukum haram atau makruh tersebut.

Demikian juga dikecualikan daripada hukum tersebut, orang yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat yang terpaksa berjual beli ketika waktu-waktu larangan tersebut kerana dharurat seperti membeli kain kafan si mati yang ditakuti berubah apabila dilambatkan atau membeli air kerana untuk bersuci atau membeli
pakaian untuk menutup aurat atau seumpamanya.

Haram Berjual Beli Bersama Orang Yang Diwajibkan Sembahyang Fardhu Jumaat

Walaupun orang yang tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat harus berjual beli pada waktu-waktu yang dilarang, namun jika dia berjual beli bersama orang yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat, maka kedua-dua mereka berdosa. Ini kerana dia telah bersubahat pada melakukan yang haram.


Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat pesuruhjaya sumpah kami di 03-55411129 /03-55450171/ 01126908939

No comments:

Post a Comment