Dokumen Mesti Lengkap Berisi - PESURUHJAYA SUMPAH PENGADANG BARU , KUALA TERENGGANU

Wednesday, 10 January 2018

Dokumen Mesti Lengkap Berisi

Salam satu Malaysia,

Kerap kali saya diserahkan dokumen yang tidak lengkap diisi terutama borang D.D.A iaitu borang persetujuan menyerahkan hak sebagai waris kepada pemetisyen harta pusaka.

Nasihat saya begini, very simple :

Mendapatkan akuan sumpah bermakna anda bersumpah dan berikrar anda faham dan akui segala maklumat di dalam dokumen yang anda tandatangani adalah betul.

Bagaimanakah anda boleh tandatangani dokumen yang tidak lengkap? Apakah kefahaman anda terhadap dokument tersebut ketika anda tandatanganinya?

Pesuruhjaya sumpah is not about "cop sahaja". Pesuruhjaya sumpah bertanggungjawab memastikan  anda faham isi kandungan dokumen , anda faham risiko tandatangan dan anda setuju untuk tandatangan. Its not just only by putting that stamp on a piece of paper.

Sebagai contoh borang persetujuan D.D.A, ada yang marah dan mengamuk dengan saya apabila saya minta isi bahagian yang tidak lengkap atau saya tolak terus. Selalunya dalam kotak "bahagian" harta tak alih. Kerap ditinggalkan kosong. Berapakah jumlah bahagian yang anda setuju untuk serahkan? Tahukah anda berapa bahagian?

Jawapan anda "saya tidak tahu?" - "pakcik saya di kampung tidak letak dan saya tidak tahu " adalah alasan yang tidak dapat saya terima untuk terus "cop" sahaja. Saya bukan jual cop. Saya dilantik oleh Mahkamah Persekutuan untuk memastikan bahawa dokumen yang anda akan hantar ke Mahkamah adalah dokumen yang anda tandatangani atas dasar kefahaman anda.

Oleh yang demikian - sebelum hantar dokumen kepada saya sebagai seorang pesuruhjaya sumpah- sila pastikan dokumen tersebut lengkap. Kalau tidak pasti bagaimana untuk isi- perlu rajin untuk rujuk kepada jabatan / kementerian /pejabat kerajaan terbabit. Saya tiada jawapan untuk semua persoalan. Saya hanya memastikan identiti dan kefahaman anda dalam mengakui sumpah dokument tersebut.

Saya juga pohon jangan serahkan saya segala dokumen dan minta saya tolong isi. Itu tanggungjawab anda bukan tanggungjawab saya. Melainkan anda ingin mengupah staff saya untuk bantu isi borang anda- staff saya akan buat dengan penuh suka hati. Kalau tidak sanggup upah , maka tiada jalan yang mudah kecuali isi sendiri.

Oleh itu sebelum pohon pengesahan saya sebagai pesuruhjaya sumpah , pastikan :

1) Dokumen lengkap terisi

2) Tanya pihak jabatan /kementerian / swasta terbabit yang pohon anda isi dokumen tersebut sebarang persoalan yang anda tidak faham. Pesuruhjaya sumpah tiada jawapan .

3) Bawa I.C . Jangan minta orang lain bawa IC dan wakilkan anda. Saya tolak setolak- tolaknya.

Terima kasih kerana sudi baca


3 comments:

  1. Salam. Saya nak tanya, jika pemohon sedang jalani kuaritin, boleh ke wakil yang lengkapkan borang DDA memandangkan tarikh bicara dalam beberapa hari lagi

    ReplyDelete
  2. Puan ni berckp penuh riak dgn pangkat yg ada..berubh yer puan. Hidup ni prbanyakkn amalan mmbntu org yg dtg kpd kita..bersyukur org dtg minta tolong tu sebnrnya beri kita pluang utk dpt pahala

    ReplyDelete